Fadhilah dan Keistimewaan Surat Al-Waqiah Yang Luar Biasa
Selasa, 07 Agustus 2018
Tambah Komentar
Benarkah membaca surat
al-Waqiah bisa membuat kita kaya? Mari kita bahas bersama. Sebab di kalangan
spiritualis Surat al-Waqiah sudah sangat populer dikenal sebagai surat kekayaan. Karena itu tidak mengherankan jika banyak
referensi yang berbeda-beda tentang cara pengamalan surat waqiah ini. Baik
secara jumlahnya maupun waktunya. Namun yang pasti semua meyakini bahwa surat
waqiah mempunyai keistimewaan tersendiri dalam urusan rezeki dan kekayaan.
Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bersaba: “Barang siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia
tidak akan ditimpa kefakiran.” Juga Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap
malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Begitu juga dengan Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada
isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis
riwayat Ibnu Ady)
Dalam hadis yang agak
panjang Rasulullah s.a.w. meminta kita mengajarkan
surat ini kepada anak-anak kita : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah
setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya.
Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada
anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya:
“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu
majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya
dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah
pula.”
Surah Al-Waqi’ah ini merupakan surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak
pada juz ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil
dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang artinya kiamat. Di dalam
surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima
oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan
manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya
hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung
beberapa fadhilah, diantaranya:
* Bila orang membiasakan membaca surah ini
setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat
Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah
ruah.
* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali
dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya
khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa
bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3
kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu
melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
* Amalan orang-orang sufi, supaya
dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari
Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25
kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumat
berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali,
selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat
keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan
sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
Insya’Allah berhasil.
* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau
orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari
jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di
tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera
melahirkan dengan mudah.
Bagaimana cara
mengamalkan surat al-Waqiah ini?
Ada beberapa cara dalam
mengamalkan amalan surat al-Waqiah ini, diantaranya menurut
As’Syeikh Abi’l Abbas yang berkata:
* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah
ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir
pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan
ikan, daging, segala hewan, hanya makan sayur-sayuran saja.
* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu,
membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai
setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhiri pembacaan
Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah
membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Itulah manfaat dan keistimewaan
dari surat Waqiah yang sangat dahsyat untuk kekayaan melimpah dan cara
pengamalan yang berbeda-beda. Silahkan anda amalkan
untuk wasilah memohon rejeki kepada Allah. Pilihlah cara yang memungkinkan anda
untuk dapat istiqomah mengamalkannya. Semoga rezeki anda segera dimudahkan oleh
Allah SWT. Semoga bermanfaa.Amin
Belum ada Komentar untuk "Fadhilah dan Keistimewaan Surat Al-Waqiah Yang Luar Biasa"
Posting Komentar